ALLAH YANG MAHA ESA
Dialah Allah yg Tiada Tuhan melainkan Dia, yang Mengetahui yang Ghaib dan yg Nyata Dialah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dialah Allah yg Tiada Tuhan selain Dia tuhan yg Maha Suci yg Maha Sejahtera yg menberi Keamanan yg Maha Memelihara yg Maha Perkasa yg Maha Kuasa yg Memiliki segala Keagunagn. Maha suci Allah dari apa yg mereka sekutukan. Dialah Allah yg menciptakan, yg mengadakan, yg membentuk rupa,yg mempunyai nama-nama paling baik. Bertasbih padanya apa yg ada di langit dan di bumi dan Dialah yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al Hasyr: 22-24
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami jadikan dgn hujan itu aneka buah-buahan dan antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah beraneka warna dan ada yg hitam pekat dan demikian pula antara manusia ada yg bermacam warna. Sesungguhnya yg takut pd Allah antara hambanya hanyalah orang-orang yg berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
A-Fathir: 22-28
Dialah tuhan yg menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan di lautan. Sehingga bila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurlah bahtera itu membawa orang yg ada di dalamnya dgn tiupan angin yg baik dan mereka gembira dgnnya,tiba-tiba datanglah ribut badai dari segenap penjuru dan mereka yakin telah terkepung, lalu berdoa pd Allah dgn seikhlasnya (dan berkata) Sesungguhnya Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami akan termasuk orang yg bersyukur Yunus: 22
Dia Pencipta langit dan bumi Dia menjadikan kamu dari jenis kamu sendiri berpasangan dan jenis binatang ternak berpasangan, dijadikanNya kamu berkembang biak dgn cara itu. Tidak ada suatupun yg serupa dgnNya dan Dialah Yg Maha Mendengar lagi Maha Melihat. As Sura: 11
Katakanlah Dialah Allah yg Maha Esa, Allah adalah tuhan tempat bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tiada diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yg sama dengannya. Al Ikhlas: 1-4
Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi yg dapat menghidupkan. Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan lain selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yg Mempunyai Arasy dari apa yg mereka sifatkan.
Al Anbia 21-22
Demikian itu ialah Allah tuhan kamu Tiada Tuhan melainkan Dia. Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia dan Dia adalah Pemelihara segala Sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Teliti lagi Maha Mengetahui Al An Aam : 102-3
Renungan Kenal Allah bererti mentaati segala perintah dan laranganNya kerana itu sembahlah Allah sehingga datang keyakinan yg sebenar .. shh
No comments:
Post a Comment