Thursday, October 8, 2009

FADILAT

FADILAT MENGAMALKAN BISMILLAH

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
  1. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21X ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
  2. Membaca 41X Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313X Bismillah serta 100X selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
  3. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786X, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  4. Sesiapa yang membaca 50X Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61X kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
  5. Mereka yang berniaga, bacalah 786 X di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
* LAMA BETUL TAK UPDATE BLOG NI

Tuesday, February 3, 2009

ADAB ANAK TERHADAP IBUBAPA

Menurut pemikir Islam yang terkenal Imam Al Ghazali At Tusi - seseorang anak muslim hendaklah memiliki adab-adab berikut ketika

berinteraksi dengan ibubapa mereka:

1. Hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala nasihat ibubapa

2.Hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya

3.Hendaklah ia mentaati segala perintah keduanya

4.Janganlah ia berjalan di hadapan keduanya

5.Janganlah ia meninggikan suara lebih tinggi dari suara keduanya

6.Hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya

7.Hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya

8. Jangan ia menyebut-yebut jasa dan khidmat kepada keduanya

9.Hendaklah ia bersifat merendah diri kepada keduanya

10.Jangan melihat kepada keduanya dengan pandangan menghina

11.Jangan menunjukan wajah yg masam di hadapan keduanya

12. Jangan musafir/kembara(kerja)kecuali dgn izin keduanya.

Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah )

Hujatul Islam Imam Muhammad b Muhammad b Ahmad Abu Hamid Al Ghazaly At Tusy

Terjemahan Abu Ala al Banjaryan Nadwy (ms.60 ) Penerbitan Khazanah Al-Banjariyah                                   

Renungan:

Islam amat menitik beratkan soal adab akhlak supaya sifat hormat itu sentiasa terjaga. Anak-anak yg

derhaka tidak akan mencium bau Syurga Peringatan Allah dalam surah Luqman anat jelas.

Sunday, February 1, 2009

SOLAT FARDHU BERJAMAAH

R:  Bahwasanya seorang lelaki buta telah memberitahu nabi bahawa ia tidak ada orang yg membawanya ke masjid dan meminta izin solat di rumah saja Rasulullah membenarkan.

                                                                                 hr Muslim & Nasai

R:  Wahai manusia solat (sunat) di rumah kamu lebih utama kecuali solat fardhu 5 waktu

                                                                                  hr. Bukhari Muslim

R:  Salat berjamaah lebih utama / afdhal dari  dari solat sendiri dgn 27 darjat.

                                                                                  hr Bukhari dan Muslim

R:  Siapa yg bertiga lebih baik dari berdua samada di desa atau  padang tidak solat jamaah akan dapat ganguan setan, maka berjamaahlah sesungguhnya serigala itu makan kambing yg sendirian                                               hr.Abu Daud, Ahmad, An-Nasai Ibn

                                                                                  Hibban dan Hamim

R  Siapa yg mendengar azam tetapi ia tidak datang maka tidak solat baginya kecuali jika uuzur.                                                                        hr.Ibn Majah Darkutni, Ibn Hibban

                                                                                  Hamim, Muslim.

R: Wahai Ali  orang yg beruntung itu ada 3 tanda:      Makan minumnya halal , suka ber sama orang yg berilmu dan solat 5 waktu bersama imam.    hr. Saidina Ali

 

R: Ramai yg mengerjakan solat tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan lelah sahaja.                                                                                               

                                                                                  hr.Nasai dan Ibn Majah

R: Jangan kamu larang permpuan-perempuan ke masjid, walaupun rumah mereka lebih baik bagi mereka yg beribadat.                                 hr. Abi Daud

R: Adalah di akhir zaman nanti orang-orang yg bersolat sebenarnya tidak ber solat.                                                  

                                                                                   hr Ahmad

Fathul Muin Jld I ms 259 menyebut keutamaan solat fardhu bermula dgn Subuh Jumaat , Subuh harian, Isya, Asar, Zuhur dan  Maghrib merujuk hadis-hadis sahih dan jamhur ulama. Solat 5 waktu jamaah adalah sunat yg amat dituntut / Sunat Muakad berdasarkan 27 ganda. Ia juga Fardhu Kifayah – bagi lelaki yg baligh, merdeka dan yg  tinggal tetap / bermukim.

FM juga menyebut pendapat Imam Ahmad ibn Hambal  sebagai Makruh meninggalkan jamaah solat fardhu 5 waktu bagi lelaki. Berjamaah dgn jamaah yg ramai lebih disukai Allah dari yg sedikit Tetapi jamaah yg sedikit lebih utama jika ditakuti kekosongan jika ada yg tidak hadir serta lebih utama dari solat di tempat lain sekalipun ramai. Terlepas berjamaah jika dgn niat tetap diberi pahala jamaah. merujuk hadis dan jamhur ulama. ( pendapat ijtihad ramai ulama muktabar)  Bersama iman takbiratul ihram – 40 hari – melepas seseorang dari neraka dan nifak  Jika terlambat masuk saf / masbuk diberi juga pahala jamaah – berdasarkan hadis-hadis  sahih. Pengecualian berjamaah hanya: jika hujan, ribut, sakit , lapar, makanan tersedia, segera ke tandas , baru makan benda busuk spt bawang, petai dsb dan halangan masalah berat.      Kitab Fiqh Islam:

 

Renungan                   5 waktu berjamaah asas silaturrahim dan keberkatan.

ZULHIJJAH

R:   Tidak ada hari Allah membebaskan manusia dari Neraka Jahannam melebehi dari ia membebaskan dari  pada hari Arafah                                 Zubdatul wa Iizin DN

 

R:   Siapa yg berpuasa pada hari Arafah dari bulan Zulhijjah Allah Taala menuliskan baginya pahala berpuasa selama enam puluh tahun dan dicatatkan Allah sebagai orang yg khusuk                                                                        Zubdatul Waizin – Duratun nasihin.

R:   Tidak ada hari dimana amal soleh yg disukai Allah dihari tersebut iaitu 10 Zulhijjah Sahabat bertanya: Dan tidak jugakah berjuang di jalan Allah. Jawab Nabi: berjuang dijalan Allah kecuali orang yg berjuang membawa dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi.                                                                 Ibnu Abbas- RS.

R:  Tidak ada hari dimana Allah lebih suka disembah pada hari tersebut selain dari 10 Zulhijjah. Berpuasa setiap hari-harinya  menyamai puasa-puasa dalam setahun dan bersolat setiap malamnya pada hari-hari-hari tersebut menyamai solat malam Qadar.

                                                                                     Abu Hurairah- RS

R:  Hari Allah mengampuni Adam, hari pertama Zulhijjah, siapa yg berpuasa Allah akan ampuni dosa-dosanya. Dan hari ke 2 Allah perkenankan doa nabi Yunus a.s  masa ia dikeluarkan dari perut ikan, siapa yg berpuasa hari itu spt ia beribadah setahun. Hari ketiga Allah perkenankan doa nabi Zakaria siapa yg puasa hari itu Allah perkenankan doanya, hari ke 4 ketika Isa .a s dilahirkan siapa yg puasa dihilangkan kemiskinan dan kefakiran dan di hari Qiamat ia bersama golongan terhormat. Dan hari ke 6  ketika Allah membukan kebaikan kpd nabi Nya, siapa puasa hari itu Allah memandang rahmat dan sesudah itu ia tidak disiksa selamanya, Dan hari ke 7  ketika pintu2 neraka jahannam di tutup maka Allah menutup  30 pintu kesusahan dan membuka 30 pintu kesenangan,dan hari ke 8  hari Tarwiyah siapa puasa maka Allah akan diberi pahala yg tidak diketahui banyaknya kecuali Allah  Hari ke 9 hari Arafah siapa yg berpuasa maka ia menjadi penebus dosa utk setahun yg telah lalu dan setahun akan datang dan hari itu juga  diturunkan  ayat Alyauma akmal tulakum dinakum – hariini aku sempurnakan nikmatku dan agamamu Islam. Dan hari 10 hari Adha siapa yg berkurban setitis darah  pertama Allah mengampuni dosa-dosanya dan dosa-dosa keluarganya dan siapa yg memberi makan orang mukmin dgn satu sedekah maka Allah akan bangkitkannya di hari Kiamat dgn aman dan mizannya jadi lebih ringan dari gunung Uhud.       Majaalis- DN

 

R:  Siapa puasa hari akhir Dzulhijjah dan hari pertama Muharram, maka ia mengakhiri tahun yg lepas dan membuka tahun yg akan datang dgn berpuasa dan puasanya dijadikan Allah  sebagai penebus dosa bagi selama 50.tahun.

 

R: Tidak ada hari Allah membebaskan manusia dari Neraka Jahannam melebehi dari ia membebaskan dari  pada hari Arafah                                 Zubdatul wa Iizin DN

Wednesday, January 21, 2009

ALLAH YANG MAHA ESA

ALLAH  YANG MAHA ESA 

Dialah Allah yg Tiada Tuhan melainkan Dia, yang Mengetahui yang Ghaib dan yg Nyata Dialah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dialah Allah yg Tiada Tuhan selain Dia tuhan yg Maha Suci yg Maha Sejahtera yg menberi Keamanan  yg Maha Memelihara yg Maha Perkasa yg Maha Kuasa yg Memiliki segala Keagunagn. Maha suci Allah dari  apa yg mereka sekutukan. Dialah Allah yg menciptakan, yg mengadakan, yg membentuk rupa,yg mempunyai nama-nama paling baik. Bertasbih padanya apa yg ada di langit dan di bumi dan Dialah yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.      Al Hasyr: 22-24

 

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami jadikan dgn hujan itu aneka buah-buahan dan antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah beraneka warna dan ada yg hitam pekat dan demikian pula antara manusia ada yg bermacam warna. Sesungguhnya yg takut pd Allah antara hambanya hanyalah orang-orang yg berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

                                                                                                   A-Fathir:  22-28

 

Dialah tuhan yg menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan di lautan. Sehingga bila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurlah bahtera itu membawa orang yg ada di dalamnya dgn tiupan angin yg baik dan mereka gembira dgnnya,tiba-tiba datanglah ribut badai dari segenap penjuru dan mereka yakin telah terkepung, lalu berdoa pd Allah dgn seikhlasnya  (dan berkata) Sesungguhnya Engkau menyelamatkan kami  dari bahaya ini pastilah kami akan termasuk orang yg bersyukur                     Yunus: 22

Dia Pencipta langit dan bumi  Dia menjadikan kamu dari jenis kamu sendiri berpasangan dan jenis binatang ternak berpasangan, dijadikanNya kamu berkembang biak dgn cara itu. Tidak ada suatupun yg serupa dgnNya dan Dialah Yg Maha Mendengar lagi Maha Melihat.                                                                                     As Sura: 11

Katakanlah   Dialah Allah yg Maha Esa, Allah adalah tuhan tempat bergantung segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tiada diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yg sama dengannya.                                                                                 Al Ikhlas: 1-4

 

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi yg dapat menghidupkan. Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan lain selain Allah tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yg Mempunyai Arasy dari apa yg mereka sifatkan.

                                                                                                   Al Anbia  21-22

Demikian itu ialah Allah tuhan kamu Tiada Tuhan melainkan Dia. Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia dan Dia adalah Pemelihara segala Sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia melihat segala yg kelihatan dan Dialah yg Maha Teliti lagi Maha Mengetahui                                           Al An Aam : 102-3

 

Renungan                  Kenal Allah bererti mentaati segala perintah dan laranganNya kerana itu sembahlah Allah sehingga datang keyakinan yg sebenar ..                     shh 

Followers

About Me